Saturday 29 June 2013

Pahitnya Derita. Manisnya Syurga.

Pagi yang cerah. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Dihiasi pula dengan kicauan burung yang berirama, memuji Rabbul 'Alamin, Tuhan Sekalian Alam. 

Aku pergi ke jendela, menghembuskan nafas lega dan syukur masih diberi nikmat dan peluang untuk hidup di atas 'Ardhullah' Bumi Allah ini. 

Tiga tahun berlalu, tiada apa yang istimewa. Tiada apa yang berubah. Bumi yang berpasir dan berdebu ini masih lagi seperti sediakala. Mungkin lebih elok sedikit dari yang dulu.  Perangai arab yang agak kasar, kebersihan yang kurang dijaga, pemuda-pemudinya yang masih kurang Tarbiyah. Aku letih. Letih dengan perangai mereka. 

Tapi, aku tetap tabahkan hati. Aku tahu, Rabb tidak akan memberi ujian sesuai dengan kesanggupan hamba. Tabah dan Tawakkal. 

Jadual harian aku seusai imtihan akhir semester, Talaqqi di Masjid Al-Azhar As-Syarif. Kadang malas nak pergi. Banyak habiskan masa dengan tidur dan lalai. Erk. 

Tapi aku sedar, kalau bukan kerana Al-Azhar, tidak akan aku ingin terbang ke sini. Kalau bukan kerana Para Masyaikh Al-Azhar yang begitu hebat Ilmu mereka, begitu dalam kefahaman mereka dalam 'Sibghah' Agama Allah ini, tidak ingin aku mencedok ilmu di Bumi penuh pasir dan debu ini. Semuanya dah disusun di bawah Perancangan Allah Taala. Aku rajinkan diri. Paksa diri untuk bangun, bersiap dan berjalan ke Masjid Al-Azhar. Aku dahagakan ilmu. 

Saturday 22 June 2013

Husnuzhon. Cara Mudah Meraih Jannah

بسم الله الرحمن الرحيم

“Husnuzhon, mudah dilafazkan dengan lisan, tetapi amat sukar untuk diamalkan, dan ramai yang meremeh-temehkan. Padahal, ia adalah kunci untuk melangkah ke Jannah.”




Husnuzhon x Suuzhon

Maksud Husnuzhon ialah prasangka yang baik. Kata antonimnya pula ialah Suuzhon, iaitu prasangka yang buruk. Seorang Muslim yang bergelar Mukmin sangat perlu untuk menanam benih sifat ini pada diri. Tanam sifat Mahmudah dan hakis sifat Mazmumah!

Sebab apa husnuzhon adalah cara yang paling mudah untuk meraih Jannah ?

Ayuh, sama-sama kita amati kisah ini. Kisah yang berlaku di Zaman Rasulullah SAW. 

Monday 10 June 2013

Mikraj Rohani

بسم الله الرحمن الرحيم


"Perpindahan daripada Izzah ar-Rububiyah kepada Izzah al-Ubudiyah umpama penurunan Mikraj, manakala perpindahan daripada Izzah al-Ubudiyah kepada Izzah ar-Rububiyah adalah seolah-olah penaikan Mikraj, maka dengan itu lengkaplah perjalanan mikraj roh-roh yang suci."



Firman Allah SWT : 



وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعاً وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلاَ تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ


“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.”
[ QS Al-A’raf 7:205 ]

Mikraj Rohani

Bersempena dengan peristiwa Israk dan Mikraj Baginda Nabi Muhammad SAW, saya ingin mengambil istilah Mikraj diselitkan dengan Rohani kita. Apakah maksud Mikraj Rohani ?

Ayuh, kita ‘Tadabbur’ hayati ayat yang tertera di atas.

Berkata al-Imam Fakhruddin ar-Razi (w 606h), antara hikmah ayat ini :

“Kesempurnaan 'hal' (keadaan) seorang insan itu diperoleh dari tersingkapnya 2 perkara di dalam jiwa (Rohani).”

Yang Pertama :

'Izzah ar-Rububiyah : iaitu (Keagungan dan kekuasaan Allah).

Perkara ini dilengkapkan dengan firman-Nya di dalam ayat tadi :

“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu”

Yang Kedua :

Zillah al-'Ubudiyah : iaitu (kehinaan dan kerendahan pengabdian kepada Allah).

Dan ianya dilengkapkan dengan firmanNya :

“dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (untuk melanggar perintah-Nya)”

Wednesday 5 June 2013

Hijrah!


 بسم الله الرحمن الرحيم




Firman Allah SWT :


والذين ءامنوا وهاجروا وجــهدوا فى سبيل الله والذين ءاووا ونصروا أولئك هم المؤمنون حقا لهم مغفرة ورزق كريم

"Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia." 
[ QS Al-Anfal 8:74 ]


قال الرسول : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ - رواه البخاري وأبو دأود والنسائي

Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya. 
[ HR Bukhari, Abu Daud & Nasaie ]


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu." [ HR Bukhari & Muslim ]