Monday 10 June 2013

Mikraj Rohani

بسم الله الرحمن الرحيم


"Perpindahan daripada Izzah ar-Rububiyah kepada Izzah al-Ubudiyah umpama penurunan Mikraj, manakala perpindahan daripada Izzah al-Ubudiyah kepada Izzah ar-Rububiyah adalah seolah-olah penaikan Mikraj, maka dengan itu lengkaplah perjalanan mikraj roh-roh yang suci."



Firman Allah SWT : 



وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعاً وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلاَ تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ


“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.”
[ QS Al-A’raf 7:205 ]

Mikraj Rohani

Bersempena dengan peristiwa Israk dan Mikraj Baginda Nabi Muhammad SAW, saya ingin mengambil istilah Mikraj diselitkan dengan Rohani kita. Apakah maksud Mikraj Rohani ?

Ayuh, kita ‘Tadabbur’ hayati ayat yang tertera di atas.

Berkata al-Imam Fakhruddin ar-Razi (w 606h), antara hikmah ayat ini :

“Kesempurnaan 'hal' (keadaan) seorang insan itu diperoleh dari tersingkapnya 2 perkara di dalam jiwa (Rohani).”

Yang Pertama :

'Izzah ar-Rububiyah : iaitu (Keagungan dan kekuasaan Allah).

Perkara ini dilengkapkan dengan firman-Nya di dalam ayat tadi :

“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu”

Yang Kedua :

Zillah al-'Ubudiyah : iaitu (kehinaan dan kerendahan pengabdian kepada Allah).

Dan ianya dilengkapkan dengan firmanNya :

“dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (untuk melanggar perintah-Nya)”


Bagaimana kita nak gapai dua tahap ni ?


Tahap yang pertama, Izzah ar-Rububiyyah, perkara yang paling utama sekali ialah menghadirkan rasa perlu dan butuh untuk mengingati Allah, berfikir tentang Kekuasaan dan Keagungan Allah. Dan nak mengingati Allah ini bukan sekadar di akal, tetapi juga di hati.

Untuk apa kita ingat pada Allah ?
Agar tenteram dan sejahtera hati kita, apabila hati tenang, tentu sahaja anggota yang lain akan turut tenang.

"Ketahuilah dengan "zikrullah" (mengingati Allah) itu, tenang tenteramlah hati manusia."
[ QS Ar-Ra'd 13:28 ]

Ingat pada Allah time bila ? bukan time sakit je, tapi latih diri untuk ingat pada Allah time kita sihat dan senang. Maka, Allah juga akan ingat kepada kita di saat kita susah mahupun senang.

"Oleh itu ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang-Ku), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku)."
[ QS Al-Baqarah 2:152 ]

Tahap yang kedua, Zillah Al-'Ubudiyyah, apa yang kita perlu buat untuk gapai tahap ini?
Merasa hina dan merasa sangat rendah pangkat kita dalam pengabdian diri kepada Allah. Umpama hamba yang penuh dosa dan noda bertemu Al-Khaliq, Sang Pencipta.

Cuba untuk menangis!

Cari suatu saat di waktu malam untuk kita kosongkan hati dan ingin mengadu kepada Pemilik Hati ini. 

Cari, suatu ketika yang mana hati kita merasa sebak memohon ampun pada Allah atas segala dosa kita yang setinggi gunung. 

Cari, walau sedetik waktu, perasaan hiba ketika ber'Dating' dengan Allah. Rasa rindu yang teramat sangat pada Kasih-Nya. Dan titiskanlah air mata ketika bersujud di tikar sejadah dengan penuh rasa rendah diri, penuh rasa kehambaan pada-Nya :(

"Menangislah, sekiranya tidak mampu menangis, buat-buatlah menangis"

- Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq-

Mari, sama-sama kita mulakan hidup baru. Hidup di bawah naungan Rahmat Allah Taala, bukan hidup di bawah payung Jahiliyyah yang durjana.

Ayuh, praktekkan dalam hidup sehari-sehari kita dua tahap ini. Izzah Ar-Rububiyyah dan Zillah Al-Ubudiyyah. Rabbana Yusahhil ! 

Percaya kepada KeIzzahan Rabb yang tidak akan Sirna.

No comments:

Post a Comment