بسم الله الرحمن الرحيم
Firman Allah SWT :
والذين ءامنوا وهاجروا وجــهدوا فى سبيل الله والذين ءاووا ونصروا أولئك هم المؤمنون حقا لهم مغفرة ورزق كريم
"Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah
dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah
orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan
kurniaan yang mulia."
[ QS Al-Anfal 8:74 ]
قال
الرسول : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ - رواه البخاري وأبو
دأود والنسائي
Seorang muslim ialah orang yang
menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya.
Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara
yang ditegah oleh Allah daripadanya.
[ HR Bukhari, Abu Daud & Nasaie ]
[ HR Bukhari, Abu Daud & Nasaie ]
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu." [ HR Bukhari & Muslim ]
Hijrah
First of all, mari kita sama-sama betulkan niat, kita berhijrah hanya kerana Allah, melamar 'Mardhatillah' Keredhaan Allah dan mengikut 'Qudwah Hasanah' panduan yang baik Rasulullah SAW.
Bukan kerana dunia, harta, pangkat, 'famous' dan seangkatan dengannya. Jangan sama sekali!
"Padahal mereka hanya diperintah untuk menyembah Allah dengan IKHLAS mentaatiNya semata-mata dalam kerana menjalankan agama.."
[ QS Al-Bayyinah 98:5 ]
Mari,
Kita berfikir sejenak menghayati perjuangan Hijrah Rasullullah dan para Sahabat Baginda,
Tanpa perjuangan mereka tiadalah Islam sampai kepada kita dan kepada generasi seterusnya.
Tanpa pengorbanan merekalah tiadalah kita dapat merasai kelazatan nikmat Iman dan Islam.
"Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya untuk mencari Keredhaan Allah, dan Allah Maha Lemah Lembut dengan hamba-hambanya."
[ QS Al-Baqarah 2:207 ]
Kisah seorang Sahabat Nabi,
Hadith ini bagaikan menusuk tepat kepada seorang lelaki yang bergelar muslim.
“Kamu berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, Kamu akan mendapat Allah dan Rasul-Nya. Tetapi, jika kamu berhijrah kerana Ummu Qais, kamu hanya mendapat Ummu Qais”
Lelaki
dalam hadith ini seharusnya berpeluang untuk mendapat kedudukan dan
darjat yang mulia di sisi Allah dan Rasulullah SAW kerana bersama-sama
dalam rombongan hijrah itu. Malah, beliau turut ditawarkan ganjaran
pahala yang hanya Allah SWT tahu nilaiannya.
Tetapi mungkin kerana dibutakan oleh tarikan seorang wanita yang mahu dijadikannya sebagai isteri, lelaki ini memilih untuk merendahkan jiwanya. Memilih untuk ikut berhijrah dalam rombongan yang mulia di sisi Allah dan Rasul tetapi hanya sekadar untuk memenuhi hasrat peribadinya.
Persoalan
Sampai bila kita nak dibuai nafsu dan tarikan Jahiliyyah ?
Kalau bukan sekarang, bila lagi ?
Kalau bukan kita yang lakukan penghijrahan, Tarbiyyah dan Dakwah, siapa lagi ?
Tumbuk dada sendiri, ketuk pintu Iman.
Ayuh!
Sama-sama kita berhijrah. Berusaha tingkatkan Amalan, Iman dan Akhlaq.
Jangan biarkan Jahiliyyah di dalam diri bermaharajalela!
Actions speak louder than words. Moga Allah Redha.
moga Allah redha.. :)
ReplyDelete