Saturday 29 June 2013

Pahitnya Derita. Manisnya Syurga.

Pagi yang cerah. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Dihiasi pula dengan kicauan burung yang berirama, memuji Rabbul 'Alamin, Tuhan Sekalian Alam. 

Aku pergi ke jendela, menghembuskan nafas lega dan syukur masih diberi nikmat dan peluang untuk hidup di atas 'Ardhullah' Bumi Allah ini. 

Tiga tahun berlalu, tiada apa yang istimewa. Tiada apa yang berubah. Bumi yang berpasir dan berdebu ini masih lagi seperti sediakala. Mungkin lebih elok sedikit dari yang dulu.  Perangai arab yang agak kasar, kebersihan yang kurang dijaga, pemuda-pemudinya yang masih kurang Tarbiyah. Aku letih. Letih dengan perangai mereka. 

Tapi, aku tetap tabahkan hati. Aku tahu, Rabb tidak akan memberi ujian sesuai dengan kesanggupan hamba. Tabah dan Tawakkal. 

Jadual harian aku seusai imtihan akhir semester, Talaqqi di Masjid Al-Azhar As-Syarif. Kadang malas nak pergi. Banyak habiskan masa dengan tidur dan lalai. Erk. 

Tapi aku sedar, kalau bukan kerana Al-Azhar, tidak akan aku ingin terbang ke sini. Kalau bukan kerana Para Masyaikh Al-Azhar yang begitu hebat Ilmu mereka, begitu dalam kefahaman mereka dalam 'Sibghah' Agama Allah ini, tidak ingin aku mencedok ilmu di Bumi penuh pasir dan debu ini. Semuanya dah disusun di bawah Perancangan Allah Taala. Aku rajinkan diri. Paksa diri untuk bangun, bersiap dan berjalan ke Masjid Al-Azhar. Aku dahagakan ilmu. 

Petang itu aku tengah seronok mengelamun. Dibuai angan-angan entah ke mana. Ding Ding!
Oh, telefon pintar aku berbunyi. Terus aku capai telefon lalu kupicit butang unlock. Aku buka laman burung biru, Twitter lah tuu. 

Ada direct message dari Akhi Muaz, rakan sebaya aku sewaktu di Sekolah Menengah, IQKL (Institut Quran Kuala Lumpur) dulu. Macho orangnya. Eh.

"Bero, macam mana ni. Ada seorang sahabat aku, dia ni selalu putus asa, kuat mengeluh dan cepat mengalah. Aku dah cuba nasihat, tapi dia still berdegil dan taknak dengar."

"Wah, kenapa sampai macamtu?" Balas aku.

"Dia ditimpa satu ujian, dia tak tahan dengan ujian tu sampai dia berputus asa dan mengalah sampai tahap frust bagai ni. Ada cara tak untuk aku tolong dia ? Bagi Ayat Quran ke.."

Pergh. Susah ni. *bisik hati kecilku

"Macamnilah bero, kau bagi dia code ni [2:155]" butang send aku tekan.

"Kebenda pulak code-code bagai ni, tak fahamlah o.o" Balas Akhi Muaz.

"Haha, macamni syeikh, Number pertama ialah Surah. Number kedua pula ialah Ayat. So, nak cari code ni buka Surah Al-Baqarah ayat 155. Haa gitu bero. Eh jangan lupa bagi code ni sekali [2:156]" Bebel aku.

Berakhirnya chatting kami yang ringkas dengan ucapan Syukran dan Afwan. Rindu Akhi Muaz yang Macho tetiba. Eh.

Aku duduk diam seketika, berfikir sejenak.

Aku pun pernah alami saat-saat sebegitu rupa. Aku pun pernah ditimpah Mehnah dan tribulasi hingga aku tidak tahan, kecewa yang amat sangat. Aku faham sangat kenapa dia boleh tergamak mengeluh dan berputus asa sampai begitu sekali. Kesian. Sedih.



DERITA 

Manusia mana yang tak pernah diberi peritnya ujian, ditimpa pahitnya derita ?

Ada yang kehilangan ayah/ibu/kakak/abang/adik/anak buat selamanya. Kasihan..
Ada yang miskin papa kedana / bankrap bisnes tak menjadi. Makan Rasuah kot. Erk!
Ada yang gagal dalam peperiksaan sebab tak study. Eh!
Ada yang putus cinta dengan makwe/pakwe nak bunuh diri. Pfttt!
Ada yang suami/isteri main kayu tiga/empat/lima/enam. Er.
Ada yang di timpa kemalangan. Cacat seumur hidup.
Ada yang berdakwah tak menjadi. Mad'u lari. Okay lagi. Ni Murabbi yang lari. Apa cer?
Ada yang nak berhijrah untuk jadi lebih baik dikutuk dan dihina.
Ada yang mencuri choki-choki kena tangkap masuk henry gurney. Opss! Ada ke ?
Ada yang mengalami penyakit misteri, penyakit kulit, yang tiada ubat, hanya menanti dijemput 'pergi'. Allah..
Dan bermacam-macam lagi derita.

Lalu kita mempersoalkan, "Ya Allah kenapa aku diberi ujian sebegini rupa. Apa salah aku ? Apa dosa aku ? Ya Rabb"

Allah kejam ? Allah Jahat ? Allah tak sayang hamba-hamba Nya ?
TIDAK SAMA SEKALI.

Cuba kita fikir kembali.
Bila terakhir kalinya kita kembali pada Allah setelah kita puas dengan dunia ini ?
Bila ?
Ya, Bila kita diberi ujian. Bila kita ditimpa Musibah.
Baru kita mencari DIA.
Baru kita bersungguh-sungguh berdoa pada-NYA.
Baru kita mula bersujud dan menangis di atas tikar sejadah untuk bertaubat.

Dan dari situ kita mula belajar untuk faham dengan lebih mendalam .
Baru tahu erti khusyuk dalam solat .
Baru tahu erti bersyukur dengan setiap helaan nafas yang di beri secara percuma .
Baru tahu erti setiap titisan air mata di sepertiga malam.

“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?”
[QS Al-'Ankabut 29:2]

Code yang aku bagi pada Akhi Muaz.

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:"
[QS Al-Baqarah 2:155]

"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
[QS Al-Baqarah 2:156]

Bersabarlah. Dan ucaplah.
إِنَّا لِلهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَاجِعُون

Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji'un. 
"Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Ketikamana ditimpa ujian.
Letakkan penuh pengharapan pada Rabb.
Tadah tangan dan pintalah sebagai seorang hamba. Berdoalah.

DOA NABI YUNUS AS

"Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun Nun (Nabi Yunus), ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”
 [QS al-Anbiya’ 21:87]

Tatkala Baginda Yunus AS lari daripada tugas, menyampaikan Dakwah dan Syariat kepada Ummat. Allah timpakan Mehnah dan Musibah baginya. Nabi Yunus di campak ke dalam laut dan dimakan oleh Ikan Nun. lalu Baginda berdoa di dalam perut Ikan.

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِين
 
 Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Min Az-Zalimin.
“Tiada Tuhan melainkan Engkau! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri.”
Dengan mengaku Allah sahaja yang berhak sebagai Tuhan,
Dan bahawa sungguh aku ini orang yang zalim,
Nabi Yunus berjaya melepasi TIGA kegelapan .

:: Kegelapan perut ikan.
:: Kegelapan lautan.
:: Kegelapan malam.

“Maka Kami kabulkan permohonan doanya dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan demikianlah kami selamatkan orang-orang yang beriman."
[QS al-Anbiya’ 21:88]

 Subhanallah. Begitu besar Kasih Sayang Allah kepada Baginda Nabi Yunus AS.

ALLAH SAYANG KITA

Allah uji, Allah turunkan musibah, Allah timpakan kita dengan pelbagai derita. 
Itu tanda Allah Sayang kita.

Itu Tanda Allah nak uji tahap Kaeimanan hamba-hamba Nya.
Itu tanda Allah nak lihat adakah kita bersabar atau berputus asa dengan Musibah? 


Bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.


"Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai bersama orang-orang yang sabar."
[QS Al-Baqarah 2:153]

Tabahlah. Jangan mudah berputus asa. Jangan cepat mengeluh dengan ujian dan derita. 

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[QS Az-Zumar 39:35] 

Rahmat dan Kasih Sayang Allah sentiasa ada buat kita. 
Percayalah pada Sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah Taala.
Percayalah pada Sifat Al-Latif, Maha lembut Allah Taala.
Percayalah pada Kasih SayangNya yang mengatasi KemarahanNya.
Percayalah, wahai hamba yang mendambakan Syurga dan Mardhatillah.

Kadang-kala Allah timpakan ujian kepada kita kerana Allah ingin menyedarkan kita .
Kita lakukan kerosakan di muka bumi,
Kita buat maksiat sana sini,
Allah turunkan ujian,
Allah nak kita sedar dan kembali pada DIA .
Baru-baru ni, Jerebu melanda negara kita. Malaysia.

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)"
 [QS Al-Rum 30:41]

Masih tak sedar ?
Masih merasa ia sekadar perkara kecil atau kebetulan .
Oh. Come on! Buka mata hati kalian. Bukan mata yang celik tetapi sengaja membuta.



Jadi, janganlah bersedih hati pabila ditimpa derita ?
Bersabarlah. Allah sentiasa bersama kita. La Tahzan Innallah Ma'ana, The Code [9:40].
Allah uji tanda Allah Sayang.
Senyum. 

"Mujahadah dan Musibah itu Pahit, kerana Jannatul Firdaus itu Manis"

Pendamba Mardhatillah, 
Ahmad Fathyakan. 
11.55 pm, 29.6.2013.
Abasiyyah, Cairo

:: 30 June, Revolusi kedua Mesir akan berlangsung. Do pray for our safety here! Moga kami sentiasa selamat dan Mesir kembali Aman seperti biasa yang telah tertera di dalam Al-Quran, The Code [12:99]



5 comments:

  1. Allahuma Amin.
    The code: [2:257]

    ReplyDelete
  2. Aiwah. Terus Bagi code dah Akhi Kwol ni, hehe. Syukran atas Doa :)

    ReplyDelete
  3. Ya Allah. Seronok saya baca. Sedikit sebanyak membantu saya muhasabah diri. :)

    ReplyDelete
  4. tiada satu pun ujian dari Allah itu untuk melemahkan :')

    ReplyDelete
  5. mujahadah itu pahit , syurga itu manis .

    *allahu

    ReplyDelete